Khamis, 26 September 2013
Isnin, 9 September 2013
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2013
Murid-murid Tahun 6, cikgu mengucapkan selamat meghadapi peperiksaan UPSR mulai esok 10 September hingga 12 September 2013. Jawab dengan tenang dan yakin. Semoga berjaya.
Ahad, 1 September 2013
Majlis Reda Ilmu Murid-Murid Tahun 6
Teks Ucapan Wakil Guru Panitia Bahasa Melayu
Doa dan selawat cikgu titipkan;
Tekalkan semangat menepis penghalang,
Berserah padaNya hati ditenangkan.
Assalamualaikum w.r.t
Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Md Hatta bin Samian, Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn. Norhaini binti Yaacob, Guru Penolong Kanan HEM En Haron bin Sarif, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Hjh Rashidah binti Jais, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Setelah puas ilmu guru-guru curahkan, petua diberi, kaedah diselitkan, selok belok mencari, menjawab, meneliti turut guru-guru taburkan. Hari ini saya mewakili guru-guru Bahasa Melayu meredakan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang mengajar kamu semua. Semoga ilmu yang diberikan terus menjadi pedoman, memberi inspirasi, semangat dan ketekalan jati diri serta bekalan dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah 2013 atau UPSR 2013.
Saya dan guru-guru serta pihak sekolah amat berharap agar kamu telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan UPSR ini. Saya harap semasa menduduki peperiksaan nanti kamu dapat menjawab dengan baik. Baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. Jangan lupa meneliti jadual peperiksaan, mengawal pemakanan, memastikan keselamatan dan memantau kesihatan diri. Di samping berusaha jangan lupa berdoa dan bertawakal agar kamu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada sekolah dan keluarga kamu.
Akhir kata, setiap yang baik itu adalah rahmat daripada Allah s.w.t, segala kekurangan itu kerana sebagai manusia kita sentiasa teralpa , saya mewakili guru-guru Bahasa Melayu memohon ampun dan maaf sepanjang kami mengajar dan berkongsi ilmu dengan murid-murid mungkin kami ada terkasar bahasa. Kami sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang buat kamu semua.
Jika semalam kita bermasam muka,
Esok lusa kita beraya sakan,
Jika minggu depan murid-murid duduk periksa,Doa dan selawat cikgu titipkan;
Anak-anak tahun 6 yang cemerlang gemilang,
Harapan cikgu kasih ditautkan,Tekalkan semangat menepis penghalang,
Berserah padaNya hati ditenangkan.
SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2013, CIKGU RESTUI SEGALA ILMU YG DIBERIKAN :
Sekian, terima kasih.
Ahad, 25 Ogos 2013
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013

Tema Slogan Hari Kemerdekaan 2013
"Malaysia Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku"
Logo Tema Hari Kemerdekaan 2013

Maksud Logo dan Slogan Hari Kemerdekaan 2013
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
Rabu, 10 Julai 2013
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Kepada semua guru dan murid-murid Tahun 6 Anggerik SKSKT, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak" semoga Ramadan kali ini mendapat keberkatan daripada Nya. Jadikanlah Ramadan ini sebagai satu cabaran untuk kamu terus berusaha dengan gigih sebelum menghadapi UPSR. Cikgu sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Insha Allah.
Rabu, 15 Mei 2013
Ucapan Selamat Hari Guru
Salam sejahtera,
Selamat Hari Guru 2013, saya ucapkan kepada semua yang bergelar cikgu. Tema Hari Guru 2013 "Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda" membawa maksud guru sebagai agen perubahan menyampaikan ilmu kepada murid-murid tanpa rasa jemu dan guru juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk menghadapi cabaran pada era globalisasi kini. Sesungguhnya tugas mendidik sangat mulia dan jasa guru tidak akan dilupakan. Saya juga sentiasa mengingati jasa guru-guru yang pernah mengajar saya, jasa dan pengorbanan cikgu akan saya kenang selagi hayat dikandung badan. Terima kasih cikgu.
Langgan:
Ulasan (Atom)








- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact