Rabu, 21 November 2012

SK SERI KAMPUNG TENGAH

 
Sejarah Sekolah
 
Kedudukan di tengah-tengah Perkampungan Melayu dan jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang. Dibina pada tahun 1950 oleh penduduk Kampung Tengah secara bergotong-royong. Bangunan asal merupakan bangunan sementara diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh-buluh yang dibelah, berbumbungkan atap daun nipah dan berlantaikan tanah. Bangunan sementara telah dirasmikan pada 2 Mac 1950 oleh Allahyarham YM Ungku Salleh, semasa menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kluang.


Isnin, 19 November 2012

Membaca Gaya Wawasan | BAHASA MELAYU

 
Murid Tahun 5 Rafflesia telah membuat persembahan koir bertajuk "Membaca Gaya Wawasan" pada Majlis Program Membaca 1 Malaysia yang diadakan pada 24 Oktober 2012. Terima kasih diucapkan atas kerjasama anda semua.
 

Membaca Gaya Wawasan | BAHASA MELAYU

Ahad, 4 November 2012

Sajak Merdeka

Sajak Merdeka

PANTUN BUDI

Apa guna berkain batik,
    Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna beristeri cantik,
    Kalau tidak dengan budinya.

Bagaimana aku tak ikat,
    Kait-kait dengan durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
    Orang baik hati budinya.

Baik-baik bertanam ubi,
    Biar rapat jarang-jarang;
Baik-baik bertanam budi,
    Budi yang mana dikenang orang?

Baik bertanam ubi keladi,
    Jangan bertanam ubi sengkuang;
Baik-baik bertanam budi,
    Jangan sampai budi terbuang.

Baik bergalas baik tidak,
    Buli-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
    Asal budi sama dikenang.

Banyak ubi bernama ubi,
    Ubi yang mana di tanam orang?
Banyak budi bernama budi,
    Budi yang mana dikenang orang?

Banyak padi perkara padi,
    Padi yang mana ditanam orang;
Banyak budi perkara budi,
    Budi yang mana dikenang orang.





Khamis, 1 November 2012

Peribahasa

1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

  • simpulan bahasa
  • perumpamaan
  • pepatah
  • bidalan
  • bandingan
  • kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
1. Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
2. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan dan sebagai.

Perumpamaan
1. Perumpamaan pula merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata- kata yang membentuk perumpamaan itu. 
2. Biasanya kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama terkandung dalam perumpamaan.
3. Contohnya:

  • bagai aur dengan tebing
  • ibarat burung, mata lepas badan terkurung
  • laksana burung diam dalam sangkar
  • seperti abu di atas tunggul
  • umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan sebagainya.

Pepatah
1. Pepatah merupakan jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
2. Contohnya:

  • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
  • hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
1. Bidalan merupakan jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
2. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
3. Contohnya:

  • ada gula ada semut
  • ada rupa ada harga
  • air dicincang tiada putus dan sebagainya.

Bandingan
1. Bandingan ialah sejenis peribahasa yang maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus terang, secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
2. Contohnya:

  • adil laksana hakim
  • baik seperti malaikat
  • angkuh seperti merak dan sebagainya.

Kata-kata hikmat
1. Kata-kata hikmat merupakan jenis peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang.
2. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.
3. Contohnya:

  • bahasa jiwa bangsa
  • hidup ini suatu perlumbaan
  • berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan dan sebagainya.
   


 
;