Soalan BM Tahun 6

Soalan BM Pemahaman
 
                NAMA
 
TAHUN
6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KAMPUNG TENGAH, KLUANG
_______________________________________________
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
BAHASA MELAYU  - PEMAHAMAN                                                  011
TAHUN ENAM
Mei
50 minit                                                                                                       Lima puluh minit
 
 
 
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
 
1.      Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
 
2.      Jawab semua soalan.
 
3.      Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
 
4.      Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
 
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.
 
 
Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
 
1          Pada papan iklan itu tertulis “Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa Depan ____________.”
            A         kamu
            B          kami
            C         anda
            D         awak
 
2          Faiz bercakap ______________ lantang dan penuh bersemangat _______________ mesyuarat agung semalam.
            A         hingga … dalam
            B          dengan … dalam
            C         hingga … di
            D         dengan … di
 
Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.
 
3          Mira _________________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.
            A         menuang
            B          mencurah
            C         meletak
            D         menyenduk
4          Mira menggunakan ________________ yang diperbuat daripada tembaga.
            A         acuan
            B          talam
            C         periuk
            D         bekas
 
5          Danial terpesona melihat sepasang burung merak yang _____________ di Zoo Negara.
            A         lawa
            B          cantik
            C         anggun
            D         jelita
 
6          Pilih mana-mana yang awak suka ____________ awak ingin yang mahal ______________ yang murah.
            A         waima … ataupun
            B          biarpun … mahupun
            C         sungguhpun … namun
            D         bukan sahaja … malahan juga
 
7          Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________________ sauh yang berat itu di muara sungai.
            A         menghulurkan
            B          melontarkan
            C         meletakkan
            D         melabuhkan
 
8          Anjing liar itu ______________________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai.
            A         memakan
            B          mencengkam
            C         menggonggong
            D         menyepit
 
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

 
9          Pak Abu berdiri ______________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.
            A         di belakang
            B          di penjuru
`          C         di depan
            D         di tepi
 
10        Husna merupakan murid yang ____________________ dipanggil oleh guru untuk diuji.
            A         lima
            B          kelima
            C         berlima
            D         kelima-lima
  
11        “Bawalah bertenang dan _____________ menangis lagi,” kata ibu kepada Ani.
            A         usah
            B          sila
            C         harap
            D         tolong
 
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.





12        Pak Jamal memikul _______________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.
            A         sebiji
            B          sesisir
            C         sesikat
            D         setandan
 
13        Haziqah membeli se______________ jagung bakar di pasar malam.
            A         tongkol
            B          batang
            C         ketul
            D         kaki
 
14        Kerja-kerja _____________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu.
            A         memperdalam
            B          mendalam
            C         mendalami
            D         memperdalamkan
 
15        Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya menawan __________________ Gunung Kinabalu.
            A         penjuru
             B          puncak
            C         bawah
            D         sisi
 
16        Dahi Fikri kelihatan _____________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya.
            A         bergaris-garis
            B          bergerak-gerak
            C         berkerut-kerut
            D         berdenyut-denyut
 
17        Novel “Seindah Sakura” yang saya baca _____________________ tebal tetapi _________________ menarik jalan ceritanya.
            A         sekali … nian
            B          terlalu … amat
            C         paling … benar
            D         terlalu … betul
 
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18        Bahagian hadapan kereta itu __________________ kerana terlanggar sebatang pokok kelapa.
            A         remuk
            B          kemik
            C         hancur
            D         lekuk
 
19        Cikgu Yanti menegur murid-murid yang berjalan __________________ menyebabkan mereka lewat masuk ke kelas.
            A         bagai keli kena ketuk
            B          bagai itik pulang petang
            C         bagai disalak anjing bertuah
            D         bagai sibuta mendapat tongkat
 
20        Setelah masa semakin suntuk, barulah Izzati hendak mengulang kaji pelajaran.
            Pilih perkataan seerti bagi suntuk.
            A         cepat
            B          pendek
            C         singkat
            D         perlahan
 
21        Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang.
            Pilih perkataan berlawan bagi menggali.
            A         mengaut
            B          mengorek
            C         menampal
            D         menimbus
 
Soalan 22 – 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
 
22        I           Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.
            II          Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.
            III          Surat itu adalah untuk kakaknya di luar Negara.
            IV        Fakta yang dikemukakan Hafizi ialah tidak benar.
           
            A         I dan II
            B          II dan III
            C         III dan IV
            D         I, II dan IV
 
23        I           Air bah itu paras pinggang saya.
            II          Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.
            III          Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.
            IV        Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.
           
            A         I dan III
            B          II dan IV
            C         I, II dan III
            D         II, III dan IV
 
 
24        Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
 
            Mengapakah Nizam tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?
            A         Ya, Nizam tidak datang kerana demam.
            B          Nizam tidak datang kerana demam.
            C         Nizam kerap tidak datang ke sekolah.
            D         Sudah tiga hari Nizam tidak datang ke sekolah.
 
Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.





 
25        Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
 
            A         Bilakan awak akan dibenarkan menyertai lawatan itu?
            B          Siapakah yang tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
            C         Siapakan yang tidak membenarkan saya menyertai lawatan itu?
            D         Mengapakah ibu tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
 
Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
 
26        Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu.
            A         “Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam,” kata kakak.
            B          “Siti, bahaya bermain di tepi kolam,” jerit kakaknya.
            C         “Jangan bermain di tepi kolam,” jerit Siti kepada kakak.
            D         “Usah bermain di tepi kolam,” kata kakak kepada Siti.
27        Pasukan Harimau Muda memukau penonton dengan permainan yang menarik.
            A         Para penonton tertarik oleh permainan pasukan Harimau Muda.
            B          Permainan yang menarik oleh pasukan Harimau Muda memukau    penonton.
            C         Pasukan Harimau Muda menarik penonton dengan permainan memukau.
            D         Permainan memukau pasukan Harimau Muda menarik penonton.
 
Soalan 28 – 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
 
28        A         Ah, kamu rupa-rupanya!
            B          Aduhai, sakitnya kakiku ini!
            C         Eh, bagaimana keadaannya!
            D         Wah, cantiknya burung merak itu!
 
29        I           Kek coklat itu suka saya makan.
            II          Baju kurung itu dijahit kakaknya.
            III          Buku itu ibu susun di atas meja.
            IV        Tikar itu Mak Kiah anyam semalam.
            A         I dan II
            B          I dan III
            C         II dan IV
            D         III dan IV
 
30        I           Penghawa dingin di makmal komputer itu rosak.
            II          Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam.
            III          Pekerja pasar raya menyimpan daging itu di bilik dingin beku.
            IV        Afiqah mendapat hadiah sehelai mini telekung berwarna biru.
A         I dan III
            B          I dan IV
            C         II dan III
            D         II dan IV
 
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
 
9.00 pagi
Ayah dan Pak Ngah masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Farid sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Taman Setia.
 
9.45 pagi
Nasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru” mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak Ngah mengarahkan aku dan anaknya, Farid mengemaskan, menyusun dan mengelap kerusi meja di khemah tetamu.
 
10.15 pagi
Sanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk Abang Long. Pada masa yang sama, dua puluh orang anggota kumpulan kompang Sri Cahaya tiba. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka bersedia untuk menyambut rombongan pengantin.
 
11.30 pagi
Para tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah khemah yang telah disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Farid dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.
 
12.00 tengah hari
Rombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang dan aksi pencak silat turut mengalu-alukan ketibaan “Raja Sehari” itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke khemah untuk menikmati hidangan yang disediakan.
31        Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan Pak Ngah pada pukul 9.00 pagi?
            A         Melayan tetamu
            B          Mendirikan khemah
            C         Memasak lauk pauk
            D         Mencuci pinggan mangkuk
 
32        Berpandukan petikan di atas, siapakah Farid?
            A         Adik penulis
            B          Abang penulis
            C         Kawan penulis
            D         Sepupu penulis
 
33        Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan?
            A         Di rumah Pak Ngah
            B          Di rumah keluarga pengantin lelaki
            C         Di Taman Setia
            D         Di rumah keluarga pengantin perempuan
 
34        Perkataan kekok dalam petikan di atas bermaksud
            A         janggal
            B          malu
            C         segan
            D         risau
 
35        Yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali
            A         rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hari.
            B          hidangan lauk-pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.
            C         para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.
            D         majlis tersebut turut diserikan oleh pasukan kompang Sri Cahaya.
 
 
 
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
 
            Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Izyan. Cikgu Izyan tidak menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.
 
            “Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Izyan menangis pula?” Cikgu Arifin kehairanan lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Izyan. Cikgu Arifin yang selesai membaca surat itu merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai tudung sutera. “Oh, inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik daripada hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka.”
           
            Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. “Cikgu Izyan…,” kata Guru Besar. “Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya rasa kita patut membantunya.”
 
            “Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ayahnya pula kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan hidupnya. Sepulang dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah”.
 
            “Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!” kata Cikgu Halimah. “Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu.” Cikgu Halimah merenung Cikgu Izyan sambil tersenyum. “Hm, memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada tahun  ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita lakukan,” syor Cikgu Halimah.
 
            “Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Izyan,” ujar Cikgu Arifin. “Cikgu Izyan, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Amir. Cikgu Izyan tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang diterimanya.
            Hari itu, Cikgu Izyan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu persekolahan Khairul.
36        Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Izyan?
            A         Bingkai gambar
            B          Tudung sutera
            C         Kad ucapan
            D         Terung dan kacang panjang
 
37        Mengapakah Cikgu Izyan menangis?
            A         Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah
            B          Terharu menerima hadiah daripada Khairul
            C         Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin
            D         Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya
 
38        Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan
            A         bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah
            B          bantuan daripada keluarga angkatnya
            C         pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian
            D         hasil bercucuk tanam
 
39        Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas
            A         Ayah Khairul sedang sakit
            B          Cikgu Izyan pernah melawat rumah Khairul
            C         Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya
            D         Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Izyan
 
40        Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah
            A         bercita-cita
            B          hanya satu keazaman
            C         berhasrat tinggi
            D         senang hati
 
 
KERTAS SOALAN TAMAT
*****************************************************************

Soalan BM Penulisan


 

NAMA

 

TAHUN

 
 


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KAMPUNG TENGAH, KLUANG
_______________________________________________
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
BAHASA MELAYU  - PENULISAN                                                                               012
TAHUN ENAM
Mei
1 1/4 minit                                                                                                    Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

 

1.    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C.

 

2.    Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

 

3.    Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

 

4.    Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.

 

 

 

 

 

Kod

Pemeriksa:

 

 

Bahagian

No. Soalan

Markah

 

 

 

A

 

 

 

 

 

B

 

 

 

 

 

C

 

 

 

JUMLAH  MARKAH

 

 

          

 60

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
 
Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
(10 markah)
 
Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.
 
 
Bahagian A
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

10
 
 
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
(30 markah)
 
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan kamu yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
 
1.       Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus mencapai basikalku untuk pulang.         Sedang aku mengayuh basikal, tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang meminta tolong. Aku segera …
           Mulakan cerita kamu dengan:
           Aku segera …
ATAU
2.       Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Kamu diminta menulis laporan mengenai lawatan tersebut.
          Tulis laporan kamu selengkapnya.
 
ATAU
 
3.       Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu. Ceritakan pengalaman kamu berkelah bersama keluarga.
          Tulis karangan kamu selengkapnya.
 
 
Bahagian B

No. soalan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

30
 
 
 
 
 
Bahagian C
(Masa dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)
 
Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahad, 4 September
 
6.00 pagi
Faiz bangun awal pagi. Selesai mengemas tempat tidur, dia membersihkan diri. Kemudian, dia bersembahyang dan berdoa agar diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan pada keesokan harinya.
 
7.00 pagi
Faiz meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok. Dia mula menyusun jadual untuk membuat ulang kaji. Nota-nota ringkas yang telah disediakan dikumpulkan untuk memudahkannya mengulang kaji pelajaran.
 
4.00 petang
Faiz bersama-sama ayahnya ke sebatang sungai untuk memancing. Faiz berasa begitu tenang dan terhibur. Fikirannya menjadi lapang.
 
8.00 malam
Selepas makan, Faiz menyusun dan memasukkan alat tulis ke dalam beg sekolahnya. Setelah selesai membuat persediaan, Faiz bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum masuk tidur. Ibu bapa Faiz mendoakan agar Faiz dapat menjawab soalan peperiksaan pada esok hari dengan sebaik-baiknya.
 
 
 
 
Bahagian C

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

20
 
 
KERTAS SOALAN TAMAT
 
Selamat Mencuba. Semoga Berjaya



Tiada ulasan:

 
;