Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013


 

SK SERI KAMPUNG TENGAH

KM 5, JALAN MERSING, 86000 KLUANG
 
 

 

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Tahun 2013
 

 

 

KERTAS KERJA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN SK SERI KAMPUNG TENGAH

 

Pendahuluan

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK Seri Kampung Tengah bagi tahun 2013. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK Seri Kampung Tengah.

 

Matlamat

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri Kampung secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Kampung Tengah di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

 

Objektif

1.         Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

2.         Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

3.         Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih            kepadanya.

4.         Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati         tema kemerdekaan sepenuhnya.

 

Tarikh

Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Pertandingan Lagu Patriotik pada 24 Ogos 2013.

Penutup Bulan Kemerdekaan pada 16 September 2013.

 

Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Seri Kampung Tengah (sesi pagi dan petang)


Strategi

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Keterangan Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Pelaksanaan                : Sepanjang bulan kemerdekaan

Tempat                       : SK Seri Kampung Tengah

Acara kemuncak         : 24 Ogos 2013 di Dewan SKSKT

 

 
Kewangan

Bil
Perkara/ Aktiviti
Kuantiti
Anggaran Kos
1
Hadiah Pertandingan Koir Patriotik Tahap 2 Mengikut Tahun
Tahun 4 (RM60)
Tahun 5 (RM60)
Tahun 6 (RM60)
RM180
2
Hadiah Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
Pra Sk (RM4 X 3)
Pend Khas (RM4 X3)
Tahun 1 (RM4 X 3)
Tahun 2 (RM4 X 3)
Tahun 3 (RM4 X 3)
 
RM60
3
Hadiah Pertandingan Menghias Kelas Tema Kemerdekaan
1 X RM35
1 X RM35
1 X RM30
RM100
4
Banner Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri
1 X RM80
RM80
 
Jumlah
 
RM420

 

 Jadual Pelaksanaan

Cadangan Aktiviti

Bil
Aktiviti
Cadangan Tarikh
1
Pertandingan Koir Patriotik Tahap 2 Mengikut Kelas
24 Ogos 2013
2
Pertandingan Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
24 Ogos 2013
3
Pertandingan Menghias Kelas Tema Kemerdekaan
1 Ogos – 16 Sept 2013
4
Persembahan Deklamasi Sajak Kemerdekaan
24 Ogos 2013
5
Nyanyian Semua Murid lagu Tanggal 31 dan 1 Malaysia
24 Ogos 2013

 


Jawatankuasa Acara Sambutan Bulan Kemerdekaan

AJK
Nama
Penasihat
Encik Md Hatta bin Samian (Guru Besar)
Pengerusi
Pn. Norhaini binti Yaacob (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi
Pn. Hjh Norizan binti Rahmat (GPK HEM)
Pn. Hjh Rashidah binti Jais
En. Salleh bin Manap
Penyelaras
Pn. Maryanti binti Jamaludin
Setiausaha
Pn. Siti Alawiyah binti Ali
Juruacara Majlis
Pn. Julailee binti Manan
Hakim Koir Patriotik
En. Ali Rahman bin Mahmod
Pn. Siti Alawiyah binti Ali
Pn. Maryanti binti Jamaludin
Hakim Pertandingan Kelas Tema Merdeka
Pn. Norhaini binti Yaacob
Pn. Hjh Rashidah binti Jais
Pn. Hjh Norizan binti Rahmat
En. Salleh bin Manap
Pn. Hjh Norasmah binti Ismail
Mewarna Tahap 1, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
Pn. Hartinie binti Ahmad Zainuddin
Pn. Rozana binti Ab Rahman
Cik Rafidah binti Sapiee
Hakim Mewarna
Pn. Maryati binti Marsan
Pn. Hayati binti Munajat
En. Muhamad Faizul bin Keliwon
Pn. Nooraini binti Mohmad
Hadiah
Pn. Siti Aisah binti Mohd Noh
Pn. Ariesiah binti Fathil
Cik Aminah binti Mohamed Sadique
Pn. Ellya binti Othman
Perakam Peristiwa
En. Aryadi binti Katiman
P.A Sistem
En. Kamarulhisyam bin Tahir
Pengawas
Banner
En. Azizan bin Rambai
Buku Program
Pn. Fazilah binti Abdul Razak

 

 

Atur cara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

7.10 pagi         - Perhimpunan

                        - Bacaan Doa

                        - Nyanyian Lagu Rasmi

                        - Lafaz ikrar

                        - Persembahan Murid (Puisi Merdeka)

                        - Ucapan Guru Besar dan perasmian Kemerdekaan serta Rumah Terbuka

                        - Paluan Kompang

8.30 pagi         - Pertandingan Koir Patriotik

                        - Pertandingan Mewarna

10.00   pagi     - Lagu Tanggal 31

                        - Lagu 1 Malaysia

 

 Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Seri Kampung Tengah ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif.

 

 Disediakan oleh,                                                                     

 

............................................................                                    

(MARYANTI BINTI JAMALUDIN)

Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan

Peringkat Sekolah,

SK Seri Kampung Tengah.

 

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tiada ulasan:

 
;