Asal Usul/ Nilai Murni




Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
cbatu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
  • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.



BUDI BAHASA
 
TAKRIF BUDI

Budi merujuk kepada sifat berilmu, bijaksana, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal yang dimiliki oleh seseorang.

TAKRIF BAHASA

Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang diujarkan oleh manusia secara sewenang-wenangnya untuk berkomunikasi menggunakan alat-alat artikulasi tertentu yang ada pada mereka.

TAKRIF BUDI BAHASA

Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara terteib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Amat juhari Moain (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu. Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia. Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
 
 
CIRI-CIRI BUDI BAHASA
 
Ada lima ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
  • sentiasa merendah diri
  • bersifat sabar
  • bersikap positif (optimis, semangat dan minat, kepercayaan, integriti, keberanian)
  • memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
  • bersopan santun/ tertib
 
APLIKASI BUDI BAHASA
 
Amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu disemai sejak kecil lagi. Ini kerana kanak-kanak lebih mudah dididik sebab pada peringkat tersebut mereka baharu mengenal dunia dan masih awal dalam menilai kehidupan sejagat. Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Maka mendidik anak mengenali amalan berbudi bahasa itu biarlah dari kecil supaya tidak menyesal di kemudian hari dan menghindari dari segala gejala buruk serta musibah yang tidak diketahui bila masa datang.
  • institusi kekeluargaan
  • institusi kemasyarakatan
  • institusi pembelajaran
  • institusi perkhidmatan


SENARAI NILAI MURNI

NILAI
PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA
RAJIN
Mengulang kaji pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan
TOLONG-MENOLONG
Membantu ibu pergI ke kedai/ membasuh pinggan/ mengajar rakan/ memberi derma/ tolong guru di sekolah
BEKERJASAMA
bergotong-royong / bermain dengan bersungguh-sungguh/ bermuafakat/ berbincang/ berganding bahu/ berpadu tenaga/ bersama-sama/ bergilir-gilir /bersepakat
BAIK HATI
Memaafkan kesalahan/ menolong orang/ menghulurkan derma/ belanja kawan makan/ tidak berdendam
PEMURAH/
MURAH HATI
Memberi hadiah/ menghulurkan derma/ belanja kawan makan/ menolong/ membantu/ berkongsi
JUJUR
bercakap benar/ mengakui kesalahan/ tidak mengambil harta benda orang/ memulangkan/ menyerahkan/ mengembalikan
AMANAH
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/ menyimpan rahsia/ wang yang diamanahkan.
RELA/SANGGUP BERKORBAN
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela
MENGHARGAI MASA
Bangun awal/ membaca buku/ mengulang kaji pelajaran / mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan
 
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA
Mengucapkan terima kasih/ memuji kebaikan/
memberikan hadiah/ memberikan ganjaran/duit
PRIHATIN
Menolong orang/ menghulurkan bantuan/ menderma/ menyumbang/ mengutip sampah di atas lantai/ menegur
BERDISIPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang.
MENJAGA KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan diri/ rumah/ sekolah/ alam sekitar/ menebas rumput/ membakar sampah
MENJAGA KESIHATAN
Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/ bersukan/ berjoging/ bermain badminton
MENJAGA KESELAMATAN
Berhati-hati/ memeriksa kenderaan/ memandang ke kiri dan kanan/ memakai topi keledar
SEMANGAT PATRIOTIK
Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/ tempat bersejarah
TABAH/SABAR/
CEKAL
Tidak kecewa dengan kematian/ kesusahan/ dugaan/ diejek/ dihina/ dibuli
PERAMAH/MUDAH MESRA
Bertanya khabar/ menyapa kawan

IKHLAS
Menolak ganjaran/ pemberian/ melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
KASIH SAYANG/ SIMPATI
Memeluk anak/ cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin
RASIONAL
Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
TAAT / PATUH
Mengikut arahan/ nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan
SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN
Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran
BERTANGGUNGJAWAB
Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/ gosok baju/ basuh kasut
KEBEBASAN
Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…
BERSIKAP SEDERHANA
Merendah diri/ tidak sombong/ tidak bermegah-megah/ berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR
Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor
DEDIKASI
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh
RASIONAL
Memohan maaf atas kesalahan/ insaf atas perbuatan yang dilakukan
BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati
MEMPUNYAI JATI DIRI
Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/ rintangan/ kesusahan
BERANI
Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri
HORMAT / MENGHORMATI
Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.

 

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good info

Cikgu Fazila berkata...

Sewajarnya kita tahu asal usul Bahasa Melayu kerana sebagai penutur jati sering kali kita alpa dari mana kita datang.

Cikgu Fazila berkata...

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap bulan Oktober merupakan salah satu wadah kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pengisiannya haruslah lebih menjurus ke arah penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik.

Tajulasrikin berkata...

Perkataan 'mlayu' dalam Jawa Kuno masih diguna pakai oleh masyarakat Jawa kini.

Maryanti Jamaludin berkata...

Saya sangat setuju dengan pendapat Cikgu Fazila, seharusnya kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu. Caranya adalah kita sebagai guru boleh mengaplikasikan penggunaan Bahasa Melayu semasa PdP kepada pelajar.

Aisyah Nabilah (5 RF) berkata...

Saya dapat tahu asal usul bahasa melayu..... (BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN)

Nur Nasuha ( 5RF ) berkata...

Assalamualaikum .. Saya ingin memberi tahu yang saya amat tertarik tentang asal-usul , video pelajar-pelajar 5 Rafflesia dan yang selainnya .. saya rasa amat terhibur apabila membacanya .. :)

aina 5RF berkata...

Baru tahu asal usul bahasa melayu

TEOH BEE CHOO berkata...

Satu usaha yang baik untuk menarik minat orang ramai untuk belajar bahasa yang bersejarah dan bermakna ini.

TEOH BEE CHOO berkata...

Satu usaha yang baik untuk menarik minat orang ramai untuk belajar bahasa yang bersejarah dan bermakna ini.

Maryanti Jamaludin berkata...

Terima kasih Pn. Teoh Bee Choo atas sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Yanti ..tahniah untuk blog ni ye..

Tanpa Nama berkata...

Yanti ..tahniah untuk blog ni ye..

 
;