Kesalahan Umum Tatabahasa


 Kata Bilangan
 1. Terdapat enam jenis kata bilangan iaitu :
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, seribu dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, setiap dan sebagainya.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

Tidak baku (x)
  • setengah orang
  • tiap pelajar
  • berbagai warna
  • kedua mempelai
Baku (/)
  • setengah-setengah orang
  • tiap-tiap pelajar
  • berbagai-bagai warna
  • kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. (x)
  • Para penduduk perlu bekerjasama. (/)
4. Kata bilanagn tentu seperti satu, dua, tiga dan sebagainya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti setengah dan suku untuk penghitungan.
  • dua setengah meter (tidak baku)
  • dua suku jam (tidak baku)
  • tiga setengah ringgit (tidak baku)
  • dua meter setengah (baku)
  • dua jam suku (baku)
  • tiga ringgit setengah (baku)

Hukum DM

1. Hukum DM ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.
  • D beerti unsur diterangkan
  • M beerti unsur menerangkan
2. Contoh

Tidak baku (x)
  • lain-lain hal
  • Mira kedai Roti
  • goreng pisang
  • Maggi mi
  • cili sos
  • mini bas
  • mini taman
Baku (/)
  • hal-hal lain
  • Kedai Roti Ros
  • pisang goreng
  • mi Maggi
  • sos cili
  • bas mini
  • taman mini

Frasa Adjektif dan Kata Penguat

  1. Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
  2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, paling.
  3. Kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
  4. Kata penguat boleh hadir sebelum atau sebelepas kata adjektif.
  5. Kata penguat seperti agak, paling dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
  6. Kata penguat seperti sekali, benar, betul dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
  7. Kata penguat seperti sangat, amat dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata penguat hadapan
  • Kereta itu bergerak agak perlahan
  • Saya paling benci akan bau busuk.
  • Dia sudah terlalu tua untuk bekerja.
Kata penguat belakang
  • Sakit benar kaki saya ini.
  • Susah betul soalan Sejarah ini.
  • Indah nian pemandangan senja di kampung nelayan ini.
  • Berat sekali beg ini.
Kata penguat bebas
  • Pokok kelapa ini amat tinggi.
  • Pokok kelapa ini tinggi amat
  • Suara penyanyi Mira sangat merdu.
  • Suara penyanyi Mira merdu sangat.
  • Guru baru kami sungguh baik.
  • Guru baru kami baik sungguh.
1. Penggunaan kata penguat bebas seperti amat, sangat dan sungguh bersama-sama dengan kata penguat belakang sekali dianggap betul dalam Bahasa Melayu.
  • Jiran saya amat baik sekali.
  • Budak kecil itu amat pintar sekali.
  • Sungguh berjasa sekali Pak Man kepada penduduk kampung ini.
  • Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar sekali.
2. Dua kata penguat tidak boleh diletakkan serentak di depan dan di belakang kata adjektif iaitu betul, nian, sangat dan amat.
Tidak baku
  • Budak kecil ini amat pintar betul. (x)
  • Sungguh berjasa nian Pak Man kepada penduduk kampung ini. (x)
  • Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar amat. (x)
3. Dua unsur penguat boleh hadir serentak sebelum kata adjektif.
  • Sungguh amat berjasa Pak Man kepada penduduk kampung ini. (/)
  • Bangunan yang teramat besar itu bangunan kerajaan. (/)



 

 

Tiada ulasan:

 
;