Rabu, 21 November 2012

SK SERI KAMPUNG TENGAH

 
Sejarah Sekolah
 
Kedudukan di tengah-tengah Perkampungan Melayu dan jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang. Dibina pada tahun 1950 oleh penduduk Kampung Tengah secara bergotong-royong. Bangunan asal merupakan bangunan sementara diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh-buluh yang dibelah, berbumbungkan atap daun nipah dan berlantaikan tanah. Bangunan sementara telah dirasmikan pada 2 Mac 1950 oleh Allahyarham YM Ungku Salleh, semasa menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kluang.


8 ulasan:

Cikgu Fazila berkata...

Berapa jumlah pelajar di sekolah ini? Bagaimanakah tahap pencapaian murid?

Maryanti Jamaludin berkata...

Cikgu Fazila, murid di SKSKT seramai 800 lebih. Pencapaian masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun pihak sekolah dan guru-guru sedang berusaha meningkatkan prestasi semua murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

shamsuddin ahmad berkata...

Terima kasih cikgu, kerana sudi berkongsi sejarah sekolah cikgu.

Maryanti Jamaludin berkata...

Terima kasih kembali En. Shamsuddin Ahmad kerana sudi melawat blog saya.

Norul Huda bt Alias @ Ruslan No.Matrik D20112052642 berkata...

Tahniah.Blog yang menarik

zurina berkata...

Salam,

Inilah sekolah saya pada tahun 1987 dahulu (darjah 6)..banyak kenangan terukir di sini..Rumah pula bersebelahan dengan padang sekolah iaitu di Lorong Sekata...
Arghh, sungguh indah zaman persekolahan...

Amalina Hizam berkata...

Salam. Saya pernah bersekolah di SKSKT. Walaupun tidak sehingga darjah 6, namun kenangan di sekolah ini masih dalam ingatan :) terima kasih Cikgu :)

Faris Schweinsteiger berkata...

Boleh sy tau sejarah asal usul kg.tengah dgn lebih lanjut

 
;