Ahad, 4 November 2012

PANTUN BUDI

Apa guna berkain batik,
    Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna beristeri cantik,
    Kalau tidak dengan budinya.

Bagaimana aku tak ikat,
    Kait-kait dengan durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
    Orang baik hati budinya.

Baik-baik bertanam ubi,
    Biar rapat jarang-jarang;
Baik-baik bertanam budi,
    Budi yang mana dikenang orang?

Baik bertanam ubi keladi,
    Jangan bertanam ubi sengkuang;
Baik-baik bertanam budi,
    Jangan sampai budi terbuang.

Baik bergalas baik tidak,
    Buli-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
    Asal budi sama dikenang.

Banyak ubi bernama ubi,
    Ubi yang mana di tanam orang?
Banyak budi bernama budi,
    Budi yang mana dikenang orang?

Banyak padi perkara padi,
    Padi yang mana ditanam orang;
Banyak budi perkara budi,
    Budi yang mana dikenang orang.





18 ulasan:

Nurul Afiqah Husna berkata...

Menarik pantun budi ini. Memang pantun ini mengajar seseorang bersopan santun dan berbudi bahasa.

Maryanti Jamaludin berkata...

Nurul Afiqah Husna, sebenarnya amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat bertamadun yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Di Malaysia, masyarakat yang wujud ialah masyarakat majmuk. Justeru amalan berbudi bahasa dalam konteks kehidupan masyarakat penting dan akan menyumbang ke arah perpaduan sejagat.

cheok beegeok berkata...

terima kasih atas perkongsian anda

cheok beegeok berkata...

terima kasih atas perkongsian anda

ROHANA YUSOF berkata...

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Orang memberi ilmu
kita menerima dengan seikhlasnya
Semoga ilmu yang diperolehi
menjadi manfaat untuk semua

Maryanti Jamaludin berkata...

Terima kasih kembali kepada Cikgu Cheok Beegeok kerana sudi melawat blog saya, semoga apa yang dipaparkan memberi ilmu dan pengajaran kepada kita semua.

Maryanti Jamaludin berkata...

Cikgu Rohana Yusof memang orang Malaysia kaya dengan budi bahasa cuma kadang-kadang kita lupa untuk mempraktik atau mengaplikasinya, semoga pantun yang dipaparkan dapat memberi nilai yang baik kepada anak generasi kita.

Norul Huda bt Alias @ Ruslan No.Matrik D20112052642 berkata...

Tahniah.Blog yang menarik

Teresa Janin berkata...

menarik pantun ni. Blh share, utk P&P saya.

Teresa Janin berkata...

Menarik pantun ni

Maryanti Jamaludin berkata...

Murid Tahun 5 Rafflesia, pada 18/12 dan 19/12 a an diadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Diharap kamu semua dapat hadir. Terima kasih.

Ros AbdulGhani berkata...

Tahniah cikgu diatas penghasilan blog yg berguna utk rujukan semua..

Ros AbdulGhani berkata...

Blog yg berguna utk rujukan dan panduan untuk guru.teruskan cikgu..

Aisyah Nabilah(6Anggerik) berkata...

~ BUDI BAHASA BUDAYA KITA ~

Tanpa Nama berkata...

Pantun yg menarik mmbuatkn sy minat dgn pantun tu. Bole lah sy jd kn rujukan untuk brpantun atau kegunaan harian.

Tanpa Nama berkata...

Pantun yg menarik mmbuatkn sy minat dgn pantun tu. Bole lah sy jd kn rujukan untuk brpantun atau kegunaan harian.

Tanpa Nama berkata...

Pantun yg menarik mmbuatkn sy minat dgn pantun tu. Bole lah sy jd kn rujukan untuk brpantun atau kegunaan harian.

Tanpa Nama berkata...

Pantun yg menarik mmbuatkn sy minat dgn pantun tu. Bole lah sy jd kn rujukan untuk brpantun atau kegunaan harian.

 
;