Isnin, 25 November 2013

KEJAYAAN TAHUN 6 ANGGERIK SK SERI KG TENGAH 2013

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 Anggerik yang telah berjaya memperoleh 5A dan 4A1B dalam UPSR 2013. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha yang gigih daripada murid-murid. Tanpa usaha yang gigih, dorongan ibu bapa dan bantuan guru-guru sudah pasti kejayaan sukar dikecapi. Teruskan usaha pada masa akan datang. Tahniah dan syabas sekali lagi cikgu ucapkan.
 
Nama murid-murid yang memperoleh 5A
  1. Muhammad Aiman Hazmi bin Shamsul
  2. Muhammad Hidayat bin Zakariah
  3. Muhammad Rafie Khairuddin bin Ismail
  4. Muhammad Shafiq bin Khalid
  5. Muhammad Shah Danial bin Jefry
  6. Zafran bin Nuh
  7. Afifah Nur Saadah binti Azmi
  8. Ain Najdah binti Mohd Jamal Nasir
  9. Noor Farhayu binti Musttaffa
  10. Noor Faziera binti Hasan
  11. Nor Wahida binti Zamri
  12. Nur Aisyah binti Azmi
  13. Nur Aisyah binti Mohd Aris
  14. Nur Amirah Salwana binti Abdul Wahib
  15. Nur Endang Perihatin binti Kamarozaman
  16. Nurfarzana binti Zainal
  17. Siti Nurul Khairiah binti Md Yazid 

Nama murid-murid yang memperoleh 4A1B
  1. Mohamad Farid bin Jaffar
  2. Muhammad Hariz bin Mohd Nizam
  3. Muhammad Izwan bin Md Jamil
  4. Aina Zhafirah binti Sahak
  5. Noor Intan Sakina binti Mustaffa
  6. Norasyikin binti Alias
  7. Nur Ainun Najihah binti Izhar
  8. Raudatul Jannah binti Usri
  9. Nur Nasuha binti Salim


 
 
 
Nama-nama ini, cikgu abadikan di dalam blog cikgu sebagai kenangan terindah kerana murid-murid telah bersama cikgu dari tahun 2009 cikgu berpindah masuk ke SK Seri Kg Tengah sehingga 2013, cikgu mengajar kamu.  
 

Isnin, 4 November 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM

Selamat Menyambut Awal Muharam 1 Muharam 1435H bersamaan 5 November 2013 kepada pihak pentadbir, rakan-rakan, murid-murid dan ahli keluarga.

Rabu, 30 Oktober 2013

PEMANTAUAN SPSK 2013

Pemantauan SPSK 2013 pada hari ini berjalan dengan lancar. Hasil pemantauan SK Seri Kampung Tengah mendapat 97.3%. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan pentadbiran sekolah kerana kerjasama yang diberikan. Segala kekurangan yang telah ditegur akan dibuat penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada pemantau iaitu Tn. Hj Ahmad bin Sadi dan Encik Kam Swee Yang yang telah membuat pemantauan.
Penyelaras SPSK 2013
 
 
 
 

 
 
 

Isnin, 9 September 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2013

Murid-murid Tahun 6, cikgu mengucapkan selamat meghadapi peperiksaan UPSR mulai esok 10 September hingga 12 September 2013. Jawab dengan tenang dan yakin. Semoga berjaya.


 
 

 

 
 


Ahad, 1 September 2013

Majlis Reda Ilmu Murid-Murid Tahun 6

Teks Ucapan Wakil Guru Panitia Bahasa Melayu


Assalamualaikum w.r.t

 

Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Md Hatta bin Samian, Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn. Norhaini binti Yaacob, Guru Penolong Kanan HEM En Haron bin Sarif, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Hjh Rashidah binti Jais, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setelah puas ilmu guru-guru curahkan, petua diberi, kaedah diselitkan, selok belok mencari, menjawab, meneliti turut guru-guru taburkan. Hari ini saya mewakili guru-guru Bahasa Melayu meredakan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang mengajar kamu semua. Semoga ilmu yang diberikan terus menjadi pedoman, memberi inspirasi, semangat dan ketekalan jati diri serta bekalan dalam menghadapi ujian penilaian sekolah rendah 2013 atau UPSR 2013.

 

Saya dan guru-guru serta pihak sekolah amat berharap agar kamu telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan UPSR ini. Saya harap semasa menduduki peperiksaan nanti kamu dapat menjawab dengan baik. Baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. Jangan lupa meneliti jadual peperiksaan, mengawal pemakanan, memastikan keselamatan dan memantau kesihatan diri. Di samping berusaha jangan lupa berdoa dan bertawakal agar kamu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada sekolah dan keluarga kamu.

 

            Akhir kata, setiap yang baik itu adalah rahmat daripada Allah s.w.t, segala kekurangan itu kerana sebagai manusia kita sentiasa teralpa , saya mewakili guru-guru Bahasa Melayu memohon ampun dan maaf sepanjang kami mengajar dan berkongsi ilmu dengan murid-murid mungkin kami ada terkasar bahasa. Kami sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang buat kamu semua.

 

Jika semalam kita bermasam muka,
Esok lusa kita beraya sakan,
Jika minggu depan murid-murid duduk periksa,
Doa dan selawat cikgu titipkan;

 
Anak-anak tahun 6 yang cemerlang gemilang,
Harapan cikgu kasih ditautkan,
Tekalkan semangat menepis penghalang,
Berserah padaNya hati ditenangkan.

 

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2013, CIKGU RESTUI SEGALA ILMU YG DIBERIKAN :

Sekian, terima kasih.

Ahad, 25 Ogos 2013

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013




Tema Slogan Hari Kemerdekaan 2013
"Malaysia Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku"

Logo Tema Hari Kemerdekaan 2013




Maksud Logo dan Slogan Hari Kemerdekaan 2013
 
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
 

 
;