Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
- Bahasa Melayu Kuno,
- Bahasa Melayu Klasik dan
- Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
- Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
- Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
- Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
- Pengaruh agama Hindu
- Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
- Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
- Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
- Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
- Susunan ayat bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
- bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
- Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
- Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
- Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
- ditulis dalam huruf India
- mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
- bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
- masih memakai abjad India
- buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
- ditulis dalam tulisan Jawi
- membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan Melaka
- Zaman kerajaab Acheh
- Zaman kerajaan Johor-Riau
Ciri-ciri bahasa klasik:
- ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak ayat pasif
- menggunakan bahasa istana
- kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
- banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
- ayat songsang
- banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
BUDI BAHASA
TAKRIF BUDI
Budi merujuk kepada sifat berilmu, bijaksana, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal yang dimiliki oleh seseorang.
TAKRIF BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang diujarkan oleh manusia secara sewenang-wenangnya untuk berkomunikasi menggunakan alat-alat artikulasi tertentu yang ada pada mereka.
TAKRIF BUDI BAHASA
Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara terteib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Amat juhari Moain (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu. Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia. Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
Budi merujuk kepada sifat berilmu, bijaksana, pandai, mengetahui, mengerti, berpengalaman dan berakal yang dimiliki oleh seseorang.
TAKRIF BAHASA
Bahasa merupakan satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang diujarkan oleh manusia secara sewenang-wenangnya untuk berkomunikasi menggunakan alat-alat artikulasi tertentu yang ada pada mereka.
TAKRIF BUDI BAHASA
Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara terteib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Amat juhari Moain (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu. Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia. Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
CIRI-CIRI BUDI BAHASA
Ada lima ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
- sentiasa merendah diri
- bersifat sabar
- bersikap positif (optimis, semangat dan minat, kepercayaan, integriti, keberanian)
- memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
- bersopan santun/ tertib
APLIKASI BUDI BAHASA
Amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu disemai sejak kecil lagi. Ini kerana kanak-kanak lebih mudah dididik sebab pada peringkat tersebut mereka baharu mengenal dunia dan masih awal dalam menilai kehidupan sejagat. Pepatah Melayu ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Maka mendidik anak mengenali amalan berbudi bahasa itu biarlah dari kecil supaya tidak menyesal di kemudian hari dan menghindari dari segala gejala buruk serta musibah yang tidak diketahui bila masa datang.
- institusi kekeluargaan
- institusi kemasyarakatan
- institusi pembelajaran
- institusi perkhidmatan
SENARAI NILAI MURNI
NILAI
|
PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN /
FRASA
|
RAJIN
|
Mengulang kaji
pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan
kerja sekolah/ buat latihan
|
TOLONG-MENOLONG
|
Membantu ibu pergI
ke kedai/ membasuh pinggan/ mengajar rakan/ memberi derma/ tolong guru di
sekolah
|
BEKERJASAMA
|
bergotong-royong /
bermain dengan bersungguh-sungguh/ bermuafakat/ berbincang/ berganding bahu/ berpadu
tenaga/ bersama-sama/ bergilir-gilir /bersepakat
|
BAIK HATI
|
Memaafkan kesalahan/
menolong orang/ menghulurkan derma/ belanja kawan makan/ tidak berdendam
|
PEMURAH/
MURAH HATI
|
Memberi hadiah/ menghulurkan
derma/ belanja kawan makan/ menolong/ membantu/ berkongsi
|
JUJUR
|
bercakap benar/ mengakui
kesalahan/ tidak mengambil harta benda orang/ memulangkan/ menyerahkan/ mengembalikan
|
AMANAH
|
melakukan tugas yang
diberi oleh guru/ ibu bapa/ menyimpan rahsia/ wang yang diamanahkan.
|
RELA/SANGGUP BERKORBAN
|
Menawarkan diri
untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela
|
MENGHARGAI MASA
|
Bangun awal/ membaca
buku/ mengulang kaji pelajaran / mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat
jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan
|
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA
|
Mengucapkan terima
kasih/ memuji kebaikan/
memberikan hadiah/ memberikan
ganjaran/duit
|
PRIHATIN
|
Menolong orang/ menghulurkan
bantuan/ menderma/ menyumbang/ mengutip sampah di atas lantai/ menegur
|
BERDISIPLIN
|
Mengenal diri dengan
cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang.
|
MENJAGA KEBERSIHAN
|
Menjaga kebersihan
diri/ rumah/ sekolah/ alam sekitar/ menebas rumput/ membakar sampah
|
MENJAGA KESIHATAN
|
Makan makanan
berkhasiat/ makanan seimbang/ bersukan/ berjoging/ bermain badminton
|
MENJAGA KESELAMATAN
|
Berhati-hati/ memeriksa
kenderaan/ memandang ke kiri dan kanan/ memakai topi keledar
|
SEMANGAT PATRIOTIK
|
Berdiri apabila
mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/ tempat bersejarah
|
TABAH/SABAR/
CEKAL
|
Tidak kecewa dengan
kematian/ kesusahan/ dugaan/ diejek/ dihina/ dibuli
|
PERAMAH/MUDAH MESRA
|
Bertanya khabar/ menyapa
kawan
|
IKHLAS
|
Menolak ganjaran/ pemberian/
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
|
KASIH SAYANG/ SIMPATI
|
Memeluk anak/ cucu
kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin
|
RASIONAL
|
Melakukan sesuatu
setelah memikirkan kebaikannya
|
TAAT / PATUH
|
Mengikut arahan/ nasihat
ibu bapa/guru
Mengikut peraturan
|
SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN
|
Gotong-royong
kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian –
ucap takziah
Beri makanan kepada
jiran / tolong jiran
|
BERTANGGUNGJAWAB
|
Memulangkan harta
benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif
|
BERDIKARI
|
Membuat sesuatu
perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/ gosok baju/ basuh kasut
|
KEBEBASAN
|
Mengeluarkan
pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…
|
BERSIKAP SEDERHANA
|
Merendah diri/ tidak
sombong/ tidak bermegah-megah/ berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
|
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
|
Bertindak dengan
bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.
|
BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI /
BERJIWA BESAR
|
Ingin berjaya dalam
hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara
gading/ ingin menjadi doctor
|
DEDIKASI
|
Berminat dan rela
mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja
dengan bersunggguh-sungguh
|
RASIONAL
|
Memohan maaf atas
kesalahan/ insaf atas perbuatan yang dilakukan
|
BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
|
Memaafkan kesalahan
orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan
rakan / tidak mengambil hati
|
MEMPUNYAI JATI DIRI
|
Tahan lasak / cekal
hati / tabah menghadapi cubaan/ rintangan/ kesusahan
|
BERANI
|
Menyatakan kebenaran
/ tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan
diri
|
HORMAT / MENGHORMATI
|
Memberi salam /
ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke
dalam kelas.
|
13 ulasan:
Good info
Sewajarnya kita tahu asal usul Bahasa Melayu kerana sebagai penutur jati sering kali kita alpa dari mana kita datang.
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap bulan Oktober merupakan salah satu wadah kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pengisiannya haruslah lebih menjurus ke arah penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik.
Perkataan 'mlayu' dalam Jawa Kuno masih diguna pakai oleh masyarakat Jawa kini.
Saya sangat setuju dengan pendapat Cikgu Fazila, seharusnya kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu. Caranya adalah kita sebagai guru boleh mengaplikasikan penggunaan Bahasa Melayu semasa PdP kepada pelajar.
Saya dapat tahu asal usul bahasa melayu..... (BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN)
Assalamualaikum .. Saya ingin memberi tahu yang saya amat tertarik tentang asal-usul , video pelajar-pelajar 5 Rafflesia dan yang selainnya .. saya rasa amat terhibur apabila membacanya .. :)
Baru tahu asal usul bahasa melayu
Satu usaha yang baik untuk menarik minat orang ramai untuk belajar bahasa yang bersejarah dan bermakna ini.
Satu usaha yang baik untuk menarik minat orang ramai untuk belajar bahasa yang bersejarah dan bermakna ini.
Terima kasih Pn. Teoh Bee Choo atas sokongan.
Yanti ..tahniah untuk blog ni ye..
Yanti ..tahniah untuk blog ni ye..
Catat Ulasan